TEACHER'S DAY ♥
tahun neh Tema hari guru 2011 adalah “ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara ” ♥
Pengorbanan seorang guru amat besar nilainya , teruskan mendidik anak bangsa , tidak pernah rasa jemu , kuatkan hati dan tabahkan hati dalam mendidik anak di arus moden neh , sudah tentu pelbagai ragam warna warni yang lebih mencabar dihadapi , moga guru-guru semua terus sukses membimbing anak bangsa . moga Tema Hari Guru tahun 2011 neh dapat dicapai selaras dengan perkembangan transformasi semasa iaitu “ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara ” .
Lagu Hari Guru
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Melihatkan dan menghayati balik lirik lagu diatas , pastinya ramai guru dan bekas guru-guru akan menitikkan air mata ♥